Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) menerusi laman Facebook rasmi, memaklumkan perubahan waktu operasi bagi perkhidmatan Trem Bukit Malawati sepanjang bulan Ramadan bagi hari Isnin hingga Jumaat adalah bermula jam 9 pagi hingga 4 petang manakala hujung minggu dan cuti umum pada 9 pagi sehingga 5 petang.