Nazir Masjid Sungai Ramal Luar memaklumkan bahawa dana RM5,000 yang diterima akan digunakan untuk pemberian pek makanan kepada ahli kariah khususnya asnaf dan rumah anak yatim. Manakala Setiausaha Masjld Al-Ehsan Kampung Sungai Serai menyatakan bahawa sumbangan itu akan digunakan untuk membaik pulih kemudahan masjid serta membantu kediaman ahli kariah yang sering dilanda banjir.