Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari mengingatkan ketua kampung yang dilantik perlu melunaskan tanggungjawab menjaga keamanan, kestabilan, keharmonian dan tidak bersikap ‘pilih kasih’. Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis berbuka puasa dan penyampaian watikah pelantikan ketua-ketua kampung di Dewan Dato’ Penggawa, Permatang.