Klik

Air Selangor belanja RM201.9 juta program pengurangan NRW

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah membelanjakan sejumlah RM201.9 juta tahun lalu menerusi Program Pengurangan Air Tidak Berhasil (NRW). Menerusi Laporan Prestasi 2019 dikeluarkan agensi berkenaan, ia termasuk usaha untuk mengurangkan kes paip pecah, pemasangan sensor pada paip utama, kerja penggantian meter lama dan rosak serta penggantian paip lama dan kerap pecah. Laporan itu turut menunjukkan kejayaan Air Selangor dalam meningkatkan rezab bekalan air melalui peningkatan kapasiti pengeluaran bekalan air terawat daripada 34 loji rawatan air termasuk Stream B, Loji Rawatan Air Langat 2 dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang, tahun lepas.

Kandungan berkaitan