Klik

Bacaan pencemaran 5 hingga 7 TON, bau macam bangkai

Pencemaran bau seakan bau bangkai masih lagi dikesan di Sungai Semenyih dan berada pada tahap lima TON (Nombor Bau Nilai Ambang) di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi manakala tujuh TON di muka sauk LRA Sungai Semenyih sehingga pukul 7:30 pagi tadi. Susulan itu, Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 602 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada para pengguna di 274 kawasan dalam tempoh lebih 14 jam ini dan pemulihan gangguan bekalan air tidak berjadual masih belum dapat ditentukan sehingga kini.

Kandungan berkaitan