Lensa Others

Belanga Ponggal Krishnan Pottery

 

Syarikat Krishnan Pottery menghasilkan kira-kira 45,000 biji pasu belanga Ponggal untuk dipasarkan ke seluruh negara, dengan harga di antara RM12 hingga RM13 mengikut saiz. Masyarakat India meraikan pesta itu pada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil bersamaan dengan minggu kedua bulan Januari setiap tahun bersempena bulan menuai padi di India.

Mereka akan menyediakan nasi Ponggal (nasi manis) menggunakan belanga itu untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari. Upacara itu dipercayai membawa tuah dan sinar harapan baharu dalam kehidupan dan tanda kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi rezeki yang sempurna.

Gambar oleh Zulfadhli Zaki | Media Selangor

Kandungan berkaitan