Lensa Others

Lensa Ramadan 2024.

Awal Ramadan menandakan permulaan puasa bagi Umat Islam di seluruh Malaysia. Tarikhnya berbeza-beza setiap tahun kerana ia berdasarkan kalendar bulan Islam dan kaedah penentuan rukyah dan hisab.

Ramadan ialah bulan ke-9 dan bulan yang dianggap paling suci dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Dalam bulan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Quran.

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan. Dengan berpuasa, umat Islam dapat meningkatkan disiplin diri serta menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang tidak berkemampuan.

Bulan Ramadan juga berlakunya peristiwa Nuzul Quran, peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad hingga seterusnya berperingkat menjadi kitab al-Quran yang lengkap ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

 

 

Kandungan berkaitan