Klik

Covid-19: 95 kes baharu, 754 kes aktif

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan terdapat 14 kes pulih daripada wabak Covid-19 pada hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah sebanyak 9,264 kes (91.3 peratus). Bagaimanapun, terdapat 95 kes baharu dilaporkan membabitkan empat kes import dan 91 kes penularan tempatan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 10,147 kes dengan 754 kes aktif. Dalam perkembangan sama, satu kematian baharu dilaporkan pada hari ini.

Kandungan berkaitan