Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong mengedarkan Kit Lawan Covid-19 kepada 42,000 keluarga bagi tujuan mencegah penularan wabak itu. Selain penutup muka, sarung tangan dan buku panduan pencegahan, kit tersebut juga dilengkapi produk perubatan oleh syarikat tempatan di Balakong.