Klik Video Pilihan Video Utama

Kayuhan King Of Mountain Gen-S promosi sukan lasak Hulu Selangor

Program Kayuhan King Of Mountain Gen-S 2019 merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor dalam usaha untuk mempromosikan Hulu Selangor sebagai Hub Sukan Lasak Negeri Selangor bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Seramai 250 orang peserta menyertai kayuhan sejauh 40 kilometer itu tahun ini. Perlumbaan bermula dari Pekan Kuala Kubu dan berakhir di Menara Jam Bukit Fraser, Pahang.

Kandungan berkaitan