Kebakaran kawasan pertanian seluas 40 ekar di Kampung Johan Setia, Klang yang sering berlaku setiap tahun mendapat perhatian Menteri Tenaga, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar. Keadaan cuaca panas terik yang melanda menyebabkan petani melakukan kerja pembersihan kawasan pertanian dengan kaedah pembakaran.