Mahkamah Rendah Syariah Petaling Selangor berjaya menjalankan perbicaraan secara dalam talian bagi kes tuntutan cerai dengan talak. Ia juga berjaya memendekkan tempoh penyelesaian kes, menjimatkan kos dan dilaksanakan secara ketat dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sejak Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) dikuatkuasakan.