Program ‘Kita ke Kampung’ yang dirasmikan EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail memberi pendedahan bahawa Selangor juga mempunyai kampung-kampung tradisi di sebalik kemodenan bandar. Tujuan program ini adalah untuk mendedah dan mengekalkan budaya serta tradisi di Selangor sekali gus meningkatkan ekonomi desa.