Klik

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang, semarak semangat patriotik

Sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Jabatan Penerangan Negeri Selangor mengadakan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Info On Wheels (IOW) bagi menyemarakkan semangat patriotik kepada rakyat. Konvoi sejauh 25 kilometer melibatkan 15 kenderaan. Perjalanan bermula di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam dan berakhir di Wisma Persekutuan Klang. Edaran Jalur Gemilang turut dilaksanakan.

Kandungan berkaitan