Klik

Krismas, 854 dikompaun ingkar PKP

Semalam, 25 Disember 2020, Polis Diraja Malaysia telah menahan 1,002 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Daripada jumlah itu, 854 individu telah dikenakan kompaun manakala 148 individu lagi direman. Antara kesalahan dilakukan termasuk aktiviti pusat hiburan (687), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (125), tidak memakai pelitup muka (69), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63) dan lain-lain (58).

Kandungan berkaitan