Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin petang tadi meluangkan masa meninjau kemudahan untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lima lokaliti sekatan jalan raya (SJR) dan penutupan jalan oleh pasukan polis Klang Selatan dan Klang Utara.