Klik

LZS sumbang pek makanan kepada 1,250 petugas hospital

Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan pek makanan kepada 1,250 petugas barisan hadapan Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang sepanjang tempoh empat minggu bermula 10 Februari lalu. Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata, sumbangan itu diagihkan tiga kali seminggu iaitu pada Isnin, Rabu dan Jumaat sebagai tanda sokongan kepada mereka yang bertungkus-lumus memerangi pandemik Covid-19.

Kandungan berkaitan