Lensa Others

Malaysia Tak Peduli Ugutan, Terus Bersolidariti

Hampir sebulan dihujani bom, rakyat Palestin masih lagi jadi sasaran rejim Zionis. Lebih merunsingkan, hospital dan kem pelarian tidak terlepas dari bedilan tentera Israel.

Untuk kita sebagai rakyat Malaysia, tidak banyak yang kita boleh lakukan selain memberi tekanan kepada dunia agar gencatan senjata dilakukan serta merta.

Oleh itu, boleh dikatakan setiap minggu akan ada pihak bertanggungjawab menganjurkan pelbagai acara termasuk solat hajat, demonstrasi jalanan dan juga gerakan boikot barangan yang ada kaitan dengan Israel.

Namun kelantangan Malaysia dilihat menjadi ancaman kepada Israel, tidak hairan Perdana Menteri kita menerima tiga notis tata tindak secara berasingan daripada Kedutaan Amerika Syarikat selepas menzahirkan keengganan menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Apa yang boleh disimpulkan, usaha kita setakat ini untuk Palestin telah menyebabkan banyak kuasa besar dunia memerhatikan kita. Mesej yang mahu disampaikan secara jelas telah sampai ke ‘meja’ pemimpin negara veto.

Kandungan berkaitan