Klik Video Utama

MB & Azmin sambut raya dengan orang Gombak

Majlis Silaturrahmi Eidul Fitr Parlimen Gombak & DUN Gombak Setia yang berlangsung di Taman Berjaya Gombak, disambut meriah oleh rakyat Gombak dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, serta Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Anggaran 10,000 tetamu yang hadir dari pukul 11 pagi hingga 3 petang. Turut berlangsung, pemberian duit raya dan perasmian Pusat Khidmat Rakyat Gombak Setia yang disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Kandungan berkaitan