Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melalui Anugerah Bandar Pembelajaran. Anugerah ini diterima berdasarkan program-program perancangan bandar raya pembelajaran secara menyeluruh yang dilaksanakan MBPJ.