Klik

MPS periksa 15 kilang sekitar Sungai Gong

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada hari ini telah menjalankan operasi pemeriksaan kilang di sekitar Sungai Gong, Rawang. Dalam operasi tersebut, sebanyak 15 buah kilang telah diperiksa dan pihak MPS telah mengeluarkan Notis Pematuhan Syarat Lesen Premis Perniagaan MPS 2020 ke atas lima buah kilang di mana empat kilang telah dikenakan tindakan ditarik lesen semula. Difahamkan, kilang tersebut telah menjalankan aktiviti tambahan tanpa kebenaran dan sebuah pejabat urusan perniagaan telah didapati beroperasi tanpa lesen.

Kandungan berkaitan