Laporan Khas

Pemilik Rumah Idaman Warisan dapat kunci setelah 20 tahun

Penantian pemilik Rumah Idaman Warisan yang dahulunya dikenali sebagai Taman Arcadia selama 20 tahun akhirnya berakhir. Projek perumahan yang terbengkalai sejak tahun 1999 itu diambil alih oleh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) pada September 2016. Difahamkan, projek pemulihan bersama Worldwide Holdings Berhad dan LBS Bina Group Berhad itu membabitkan kos sebanyak RM38 juta dan telah siap sepenuhnya pada akhir tahun lalu. Ia merangkumi 203 unit rumah empat bilik tidur dan tiga bilik air selain dilengkapi peralatan asas seperti dapur, pemanas air mandi, almari baju, televisyen dan pendingin hawa di setiap bilik.

Kandungan berkaitan