Klik

Pengurusan harta pusaka lebih mudah & pantas, MAIS perkenal e-Faraid

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melancarkan sistem e-Faraid MAIS bagi memudahkan masyarakat Islam menguruskan harta pusaka dengan lebih mudah dan pantas melalui sistem digital atas talian. Ia adalah sebuah sistem yang dibangunkan merangkumi penawaran perkhidmatan pengurusan harta pusaka, kaedah pengiraan secara faraid dan pengurusan fail serta pelaporan untuk pegawai yang mengurus. Menariknya, pengguna dibekalkan dengan Kalkulator Pengiraan Faraid atau K-Faraid MAIS bertujuan mendidik masyarakat untuk memahami kaedah pengiraan dan pembahagian harta pusaka secara faraid melalui sistem tersebut.

Kandungan berkaitan