Pengurus Besar Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad menyifatkan pertandingan Selangor Golf Classic 2020 yang berlangsung di Kota Permai Golf & Country Club dan The Mines Resort & Country Club sebagai antara pertandingan golf amatur terbaik di Malaysia kerana lokasinya merupakan lokasi kegemaran pemain golf profesional. Tambahnya, peserta turut meluahkan rasa teruja apabila dapat bermain di kawasan berkenaan.