Klik

PKNS sasar jual 27 unit hartanah dalam kempen 48 Jam Mesti Beli

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan 27 unit hartanahnya dengan nilai kira-kira RM17.3 juta terjual menerusi kempen promosi 48 Jam Mesti Beli Akhir Tahun 2020 secara dalam talian bermula 19 sehingga 20 Disember 2020. Ketua Pegawai Operasinya, Suhaimi Kasdon berkata, melalui kempen itu, sebanyak 25 projek hartanah melibatkan 300 unit ditawarkan dengan nilai antara RM440,000 sehingga RM900,000 seunit.

Kandungan berkaitan