Klik

PKPP: Ops Benteng, lima warga asing ditahan

Pihak Kerajaan terus mengawal ketat sempadan negara dari dibolosi dan membendung jenayah rentas sempadan dalam usaha mengawal sebarang pencerobohan haram dan penularan wabak Covid-19. Sejak Operasi Benteng dilaksanakan secara bersepadu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak kerajaan telah berjaya mengusir 254 pendatang tanpa izin (PATI), sembilan tekong dan 37 bot dari mencerobohi sempadan negara. Semalam, PDRM telah membuat 66 sekatan jalan raya Ops Benteng dan berjaya menahan lima warga asing atas kesalahan di bawah akta imigresen.

Kandungan berkaitan