Premis perniagaan zon merah dilarang beroperasi bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Sementara itu, warga asing yang memiliki aset seperti rumah di Malaysia belum dibenarkan masuk ke negara ini. Bagaimanapun, sekiranya dibenarkan nanti, warga asing berkenaan perlu menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari.