Sumbangan sebanyak RM20,000 termasuk peralatan bantuan belajar di Sekolah Kebangsaan Desa Aman, Sungai Buloh sedikit sebanyak dapat membantu persiapan sesi persekolahan tahun hadapan. Pemberian tersebut adalah atas hasil kerjasama dan bantuan ADN Jeram, Shaid Rosli, ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Mariana Abdullah dan KLK Land Sdn. Bhd. yang diberikan dalam satu program tanggungjawab sosial korporat, pagi tadi.