Selangor Advance adalah inisiatif Kerajaan Negeri dengan peruntukan sejumlah RM75 juta untuk membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Malah, inisiatif ini mampu melancarkan ekonomi Selangor dengan mempercepatkan aliran tunai.