Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hari ini turun padang melawat penduduk di Selayang dan Gombak sehari selepas hari pencalonan Pilihan Raya Umum ke-14. Turut serta calon Parlimen Selayang, William Leong, calon Dewan Negeri Sungai Tua, Amirudin Shari dan calon Dewan Negeri Gombak Setia, Hilman Idham.