Sultan sokong, usia 18 baru kahwin

0
145

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan cadangan menyelaraskan had umur minimum perkahwinan orang Islam di Selangor dengan menaikkan had minimum daripada 16 kepada 18 tahun. Baginda berhasrat agar pindaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) dan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dapat dibentangkan menerusi persidangan Dewan Undangan Negeri pada kali ini.