Bulatan Seratus, Klang terima tajaan proses penyelenggaraan dan pengindahan daripada GM Klang berjumlah RM300,000. Kerja-kerja tersebut dijangka siap pada Mac 2018
Bagi memenuhi tanggungjawab sosial, pusat pemborong sehentian paling komprehensif di Asia Tenggara, GM Klang, melakukan kolaborasi dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk mengindahkan Bulatan Seratus.