Program Kerajaan Selangor Video

Taklimat kedua penstrukturan air selangor

SINOPSIS :

Dalam usaha memberi penerangan berhubung pelan penstrukturan semula industri air di Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempengerusikan sendiri sesi taklimat pertama, di Bangunan Annex, di sini, hari ini.

Abdul Khalid antara lain menegaskan bahawa kerajaan negeri bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan projek HORAS (Hybrid Off River Augmentation System) yang dijangka mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 juta liter sehari.

Katanya, HORAS juga bertindak sebagai jaminan bekalan air berterusan sementara menunggu Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) bertujuan menyusun semula industri perkhidmatan air di Selangor.

Kandungan berkaitan