Klik

Taman industri elektrik & eletronik terbesar di Kuala Langat

Kuala Langat bakal miliki taman industri elektronik terbesar selepas dua syarikat NCT Group dan Future Inno Park Sdn. Bhd. selesai menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk kerjasama melibatkan projek pembangunan bagi pembinaan Taman Industri Kuala Langat yang membabitkan sektor elektrik dan elektronik. Perjanjian tersebut dimeterai di Bilik Gerakan MTES, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pagi tadi. Taman industri berkeluasan lebih 493 ekar ini akan menjadi yang terbesar di Malaysia bagi sektor berkenaan.

Kandungan berkaitan