Lensa Others

Perayaan Thaipusam 2024

Penganut agama Hindu menaiki 272 anak tangga bagi menunaikan nazar di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bagi upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam pada hari ini.

Thaipusam adalah perayaan yang disambut oleh penganut Hindu semasa bulan penuh Tamil yang dipanggil ‘Thai’ bagi memperingati hari lahir Dewa Murugan iaitu anak bongsu lelaki Dewa Shiva dan Dewi Parvati.

Bagi penganut Hindu, peluang menghadiri upacara keagamaan itu digunakan untuk menyempurnakan nazar dengan membawa ‘paal kudam’ dan kavadi selain memecahkan kelapa serta mencukur kepala sebagai penebus dosa.
 
Gambar oleh Zulfadhli Zaki & Harun Tajudin

Kandungan berkaitan