Program Kursus Intensif Perkembangan Kanak-Kanak siri ke-7 dianjurkan Rantaian Mesra Sdn Bhd dengan kerjasama Asuh Pintar (Skim Asuhan Anakku Pintar) memberi pendedahan kepada lebih 40 peserta yang mencari pendapatan mengasuh dari rumah. Program dirasmikan oleh Gan Pei Nei, Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).