Mereka yang berwirid, berzikir & mengingati Allah SWT selepas selesai solat Subuh berjemaah di masjid sehingga terbit matahari, akan diberi pahala besar oleh Allah SWT.
Paksi utama adalah solat. Ia adalah anugerah daripada Allah SWT kepada manusia. Melalui solat manusia boleh merasai nikmat berkomunikasi dengan Allah SWT.
Nabi Muhammad SAW mempunyai pengikut daripada golongan ditindas, hamba sahaya & orang biasa kerana baginda tidak mempunyai kepentingan, sebaliknya sentiasa membela nasib golongan berkenaan.