Lensa

Minggu Solidariti Palestin

 

Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia memberi input bagi memperkukuh cadangan kerajaan Sarawak melaksanakan sistem penilaian sendiri menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu bagi memastikan pelaksanaan cadangan berkenaan selari dengan hala tuju KPM, iaitu pembangunan holistik melalui pentaksiran dan bukannya peperiksaan.

Tinjuan jurugambar Media Selangor pagi tadi sempat merakam detik pelajar-pelajar ketika menghadiri Perasmian Minggu Solidaritidi Palestin.

Fadhlina menambah, perbincangan lanjut berhubung cadangan berkenaan perlu diadakan antara KPM dan kerajaan Sarawak bagi memastikan ia boleh diselaraskan, selain mengelak sebarang implikasi pada masa hadapan.

“Kita sentiasa menganggap Sarawak sebagai antara negeri contoh yang sentiasa memberi tumpuan kepada pendidikan. Kita akan beri input kepada cadangan berkenaan, khususnya di peringkat Kementerian Pendidikan Sarawak.

“Justeru, jika kerangka yang mahu dibangunkan itu bertujuan memperkukuh pentaksiran pelajar, pastinya kita akan sokong kerana ia adalah hala tuju KPM,” katanya selepas merasmikan Program Solidariti Palestin di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ahmad Razali, hari ini.

Gambar oleh Harun Tajudin | Media Selangor

Kandungan berkaitan