Lensa

Musim Menuai Padi

Pekerja sawah membakar jerami kering selepas kerja-kerja menuai sebelum proses penanaman semula dilakukan ketika tinjauan di sekitar Jalan Parit  4 Sekinchan, Selangor pada 16 November, 2023.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengarahkan beberapa agensi serta pengilang Benih Padi Sah (BPS) untuk menyelesaikan segera aduan berkaitan kelewatan bekalan serta penjualan BPS yang melebihi harga ditetapkan kerajaan.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata agensi berkenaan termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kawalselia Padi dan Beras, Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Arahan itu dikeluarkan susulan aduan daripada beberapa pertubuhan petani dan pesawah berkaitan isu berkenaan dan tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan penjualan padi benih pada harga RM45 perkampit 20 kilogram.

Gambar oleh Zulfadhli Zaki | Media Selangor

Kandungan berkaitan