Lensa

Ritual Seni Tari Jaran Kepang Jati

Tarian tradisi Kuda Kepang tidak asing lagi di negara kita khususnya bagi masyarakat Jawa. Penghijrahan masyarakat jawa ke Tanah Melayu satu ketika dahulu menjadi titik tolak tarian Kuda Kepang meresap masuk ke dalam budaya warisan negara tanpa banyak perubahan pengubahsuaian.

Menurut sumber terdahulu, tarian berasaskan permainan Kuda Kepang dicipta serta diamalkan oleh Wali Sembilan dari Tanah Jawa pada abad ke-15 sebagai medium dakwah seni tari persembahan dalam usaha penyebaran syiar islam di kepulauan Jawa.

Di Malaysia, banyak persatuan atau pertubuhan yang mempertahankan seni berkenaan termasuk institusi pengajian tinggi mahupun sekolah-sekolah. Salah satunya adalah Kumpulan Seni Warisan Jaran Kepang Jati di Kampung Tali Air 10 Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Diasaskan oleh Wak Mahmud pada 1978 dan kini masih bergiat aktif di bawah kendalian Mohd Yusri Mahmud.

Antara keunikan Jaran Kepang Jati adalah menonjolkan elemen permainan tarian dalam persembahan. Dimainkan oleh sembilan orang penari, empat orang pemuzik diikuti dua orang pengawal gelanggang.

Bagi melengkapkan persembahan, penari akan menggunakan peralatan berbentuk kuda yang diperbuat daripada buluh termasuk barongan atau topeng pembawa karakter. Dalam masa sama, tali cemeti turut digunakan.

Persembahan Jaran Kepang Jati tidak akan bermula dengan iringan irama khas daripada gendang, gong dan bonang.

Gambar dan Teks : Zulfadhli Zaki | Media Selangor

Kandungan berkaitan