Lensa

Sambutan Pesta Ponggal 2024

Penganut Hindu memulakan ritual sambutan Pesta Ponggal dengan memasak susu sehingga mendidih sewaktu sambutan Pesta Ponggal di Batu Caves pada hari ini.

Ponggal disambut setiap tahun pada hari pertama bulan ‘Thai’ mengikut kalender Tamil sebagai tanda meraikan hasil pertanian, dengan harapan tuaian pada tahun berikutnya akan lebih baik.

Pada hari Ponggal, beras dimasak dengan susu dan gula perang dalam periuk tanah baharu, ketika matahari terbit atau waktu dianggap bertuah sehingga susu melimpah sambil melaungkan ‘Ponggaloo Ponggal’.

Gambar oleh Zulfadhli Zaki | Media Selangor

Kandungan berkaitan